Sunday, January 24, 2010

TINGKATKAN DAYA INGATAN

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Jurnal 2 - Daripada Farishah

Url : Tekan Sini

Tajuk : ISU-ISU KESELAMATAN DAN PRIVACY DALAM PENGGUNAAN E-MAIL DI PREMIS KERJA


Sinopsis

Email telah menjadi media yang semakin popular di abad ini. Baik pelajar mahupun dewasa, semuanya memiliki email tersendiri. Bukan satu, malah dua atau tiga email yang dimiliki. Dalam menghadapi pesatnya e-commerce, sektor industri kini mula sedar bahawa email dapat menentukan komunikasi yang efektif untuk mencapai hasil yang produktif dan kos rendah. Beberapa isu mula berbangkit manakala email semakin popular digunakan oleh pihak industri.
Antaranya ialah isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna, serta penyebaran virus menerusi internet. Untuk membendung masalah ini, tindakan pencegahan ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui penggunaan kod amalan....... untuk tahu lebih lanjut, sila baca dan komen.

terima kasih

Jurnal 1 - Daripada Farishah

URL : TEKAN SINI

TAJUK : Penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah


Sinopsis

Sejarah dikaitkan dengan unsur statik dalam P&P. Walaupun bagaimanapun, P&P sejarah boleh menggunkan ICT dengan 4 teknik iaitu tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. &P Keempat-empat teknik ini boleh menggunakan Kaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesan perkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P&P turut memberikan kesan dan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan tempias globalisasi, keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasa Melayu, Isu latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara di Eropah menunjukkan P&P menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancang dengan teliti untuk mengelak mata pelajaran sejarah menjadi Sejarah ICT dan bukannya ICT dalam P&P Sejarah.

Friday, January 22, 2010

Jurnal 2 (Afzan)URL: http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

Sinopsis Jurnal 2

Pusat Keselamatan Siber Malaysia (NISER) yang merupakan sebuah institusi yang mengendalikan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi negara mengesan lebih 1,200 aduan membabitkan jenayah Internet melalui Pusat Aduan Awamnya sepanjang tahun 2006, yang sebahagian besar membabitkan kes penipuan siber, termasuk pelaburan haram melalui Internet.
Bermacam-macam maklumat (samaada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara penduduk mereka. Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang.

Jurnal 1 (Afzan)

URL:http://www.ppdbesut.net/nuke/rencana/ptd.pdf
Sinopsis Jurnal 1

Bismillahir rahmaanirrahim.

Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia
adalah satu cita-cita yang boleh dicapai walaupun ia memerlukan banyak perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan pengorbanan dari pelbagai sudut. Secara umumnya pendidikan bertaraf dunia bermaksud suatu pencapaian tertinggi atau setaraf dengannya dalam dunia pendidikan berdasarkan pandangan dunia bukan daripada pandangan setempat. Ianya diiktiraf oleh pakar-pakar bukan daripada orang kebiasaan dan bukan juga sekadar memuaskan hajat sesiapa.

Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.

Hasrat ini boleh dicapai melalui beberapa strategi diikuti dengan langkah-langkah pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit iaitu melalui penyediaan prasarana yang berkualiti, dasar pendidikan terbuka, aplikasi teknologi yang canggih, adanya kurikulum yang terkini, kemas dan bersesuaian dengan kehendak semasa, mempunyai warga guru yang proaktif dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.

Wednesday, January 13, 2010


English scone anyone?.....skon aprikot berkeju dari buku "At Home With Amy Beh"...memang lain dari yang lain.....

Bahan2nya:-
350 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
140 g mentega
100 g krim keju (cream cheese)
Secubit garam
30 g gula halus (gula kastor)
10 keping aprikot kering, didadu kecil
3 camca besar UHT whipping cream
1 biji telur*
2 camca besar susu segar*(*disatukan dan kacau sedikit)

Cara membuatnya:-
  1. Masukkan mentega dan keju krim dalam mangkuk adunan, ayaj tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan tadi. Masukkan secubit garam dan gaul ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti.
  2. Masukkan krim dan cincangan aprikot. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan telur dan susu sedikit demi sedikit sambil digaul pantas hingga menjadi doh lembut tetapi tidak melekat di mangkuk dan tangan. Tak usah bimbang jika bancuhan telur dan susu tidak habis.
  3. Alihkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur sedikit tepung. Canai setebal 2 cm dan terap dgn acuan bulat berdiameter 6cm. Susun atas dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung.
  4. Sapu dgn lebihan bancuhan telur dan susu tadi. Bakar dalam oven pada suhu 200C, selama 13 - 15 minit. Alih skon yang telah masak ke atas redai dan sejukkan. Hidang bersama jem kegemaran..