Friday, January 22, 2010

Jurnal 1 (Afzan)

URL:http://www.ppdbesut.net/nuke/rencana/ptd.pdf
Sinopsis Jurnal 1

Bismillahir rahmaanirrahim.

Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia
adalah satu cita-cita yang boleh dicapai walaupun ia memerlukan banyak perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan pengorbanan dari pelbagai sudut. Secara umumnya pendidikan bertaraf dunia bermaksud suatu pencapaian tertinggi atau setaraf dengannya dalam dunia pendidikan berdasarkan pandangan dunia bukan daripada pandangan setempat. Ianya diiktiraf oleh pakar-pakar bukan daripada orang kebiasaan dan bukan juga sekadar memuaskan hajat sesiapa.

Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.

Hasrat ini boleh dicapai melalui beberapa strategi diikuti dengan langkah-langkah pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit iaitu melalui penyediaan prasarana yang berkualiti, dasar pendidikan terbuka, aplikasi teknologi yang canggih, adanya kurikulum yang terkini, kemas dan bersesuaian dengan kehendak semasa, mempunyai warga guru yang proaktif dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.

No comments:

Post a Comment